Make your own free website on Tripod.com


(Co. No: JM-0427153-X)

No: 8, Jalan Padi Ria 13, BBU 81200, Johor Bahru No. Tel/Fax: 07-2356923

Tarikh Dikemaskini 19/05/2005

Home
Binding Services
Digital Scan/Photo
Fotostat Services
Fax Services
ePerolehan
Laminating
Pesuruhjaya Sumpah
Rubber Stamp
Hubungi Kami
Tempahan Online
Hantar Pesanan
Free Links
CHAT


Latar Belakang MSC

Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa dan yang pertama seumpamanya di dunia, untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menguji teknologi terkini dan menyiapkan diri mereka dalam menghadapi masa depan.

MSC juga akan mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat, dan seterusnya membantu menjayakan Wawasan 2020. MSC buat pertama kalinya, mewujudkan sebuah persekitaran bersepadu dengan semua elemen dan unsur unik yang diperlukan untuk mencipta iklim multimedia global yang sempurna. Untuk memulakan pembangunan MSC dan mencorakkan persekitarannya, tujuh bidang utama untuk aplikasi multimedia telah dikenalpasti.

Aplikasi Perdana

Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagaiguna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.

Kerajaan Elektronik

Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi. Kerajaan Elektronik akan memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan keselesaan, pencapaian dan kualiti dalam interaksi bersama orang ramai dan juga syarikat perniagaan; secara langsung ia akan memperbaiki aliran maklumat dan proses-proses di dalam kerajaan untuk meningkatkan kepantasan dan kualiti pembangunan, penyelarasan dan penguatkuasaan polisi.

Menyedari potensi ekonomi digital sedunia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu aplikasi perolehan elektronik menerusi aplikasi perdana Kerajaan Elektronik MSC

ePerolehan

ePerolehan Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.

ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.

ePerolehan Framework

Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.

Sekilas Pandang

Dengan berdaftar di ePerolehan, para pembekal akan dapat mengambil bahagian di dalam sistem perolehan kerajaan. Apabila sistem ePerolehan dilaksanakan sepenuhnya nanti, kesemua empat jenis perolehan iaitu Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebutharga dan Tender akan dapat digunakan. Pelaksanaan sistem ePerolehan dilakukan secara fasa demi fasa.

Sistem ePerolehan menyediakan modul-modul seperti berikut:

Fasa 1:

  • Pendaftaran Pembekal
  • Kontrak Pusat
Fasa 2:
  • Pembelian Terus
  • SebutHarga dan Tender

Kontrak Pusat

Pemprosesan Permintaan

Proses permintaan bermula apabila Pengguna Kerajaan memilih produk atau perkhidmatan yang diperlukan, dan selesai apabila pesanan belian (PO) telah dihantar kepada Pembekal.

  • Pemilihan Produk
    ePerolehan membolehkan Pengguna Kerajaan memilih produk ataupun perkhidmatan yang diperlukan daripada katalog elektronik yang ditempatkan di satu pusat penyimpanan.
  • Penciptaan Permintaan
    Apabila Pengguna Kerajaan memilih produk-produk, ePerolehan akan mendaftarkan pemilihan produk berkenaan di dalam satu kart permintaan elektronik.
  • Pengesahan Permintaan
    ePerolehan menyokong kaedah kelulusan tuntutan keperluan belian yang dihantar secara atas talian.
  • Penjanaan Pesanan Belian
    Apabila selesai pengesahan kelulusan pihak atasan ke atas pengambilan, pesanan pembelian (PO) akan dijana secara automatik oleh ePerolehan.

endaftaran Pembekal

ePerolehan akan menjadi pusat tunggal kepada pendaftaran para pembekal. Semua kelulusan permohonan pendaftaran masih kekal di bawah Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan (BPPK).

Perkhidmatan yang boleh didapati di dalam Pendaftaran Pembekal termasuklah berikut:

  • Permohonan untuk mendaftar boleh dilakukan secara atas talian (online) menerusi Internet.
  • ePerolehan akan memajukan permohonan Pembekal yang berjaya untuk kelulusan secara atas talian daripada pihak berkuasa yang berkaitan apabila semua dokumen telah diterima.
  • ePerolehan akan mengeluarkan sijil untuk Pembekal yang berdaftar atau yang telah diluluskan.
  • Modul pendaftaran pembekal akan menyokong pembaharuan pendaftaran secara atas talian oleh para pembekal.
  • Modul pendaftaran Pembekal akan membolehkan permohonan secara atas talian untuk pendaftaran penambahan Bidang.
  • ePerolehan akan menyokong penggantungan atau penamatan pendaftaran pembekal secara atas talian.

Pemenuhan Pesanan

Proses pemenuhan pesanan melibatkan penerimaan PO oleh pihak Pembekal, pemenuhan pesanan oleh pihak Pembekal dan pengesahan penerimaan barangan atau perkhidmatan oleh Pengguna Kerajaan.

  • Penerimaan Pesanan Pembelian
    Sebaik sahaja PO telah dijana dan dihantar kepada Pembekal, ia akan disahkan dan diterima oleh Pembekal.
  • Penyempurnaan Pesanan
    Apabila PO diterima, arahan penyerahan akan dijana dan dikirim sebelum penghantaran sebenar barangan.
  • Pengesahan Penerimaan Barangan
    Apabila barangan secara fizikal atau perkhidmatan yang diberikan telah diperiksa dan disahkan, Pengguna Kerajaan dimestikan untuk mengesahkan penerimaan barangan menerusi ePerolehan dan menjana Nota Penerimaan Barangan (GRN).
  • Pemadanan Pesanan Pembelian
    Untuk membolehkan pembayaran, pemadanan PO, nota penerimaan barangan, invois dan dokumen sokongan yang akan dipadankan.
  • Penciptaan Arahan Pembayaran
    Apabila semua dokumen berkaitan telah berjaya dipadankan, satu makluman bayaran akan dijana oleh ePerolehan dan dimajukan kepada sistem yang sedia ada pada Kerajaan untuk proses penghasilan baucar dan pembayaran. Kerajaan akan membuat pembayaran kepada Para Pembekal berdasarkan terma dan syarat-syarat kontrak yang dipersetujui di antara Kerajaan dan Para Pembekal berkenaan.

Pembelian Terus

Dua modul untuk pembelian terus telah dibangunkan di dalam ePerolehan iaitu pembelian produk dan pembelian perkhidmatan. Terdapat perbezaan kecil dalam aliran proses kedua-dua modul tersebut seperti dinyatakan di bawah:

Pembelian Terus untuk Produk

Pemprosesan Permintaan

Proses permintaan bermula apabila Pengguna Kerajaan memilih produk yang dikehendaki, dan berakhir dengan penghantaran pesanan pembelian (PO) kepada Pembekal.

  • Pemilihan Produk
    ePerolehan membenarkan Pengguna Kerajaan memilih produk daripada katalog elektronik yang telah disediakan di dalam penyimpanan data pusat.
  • Penciptaan Permintaan
    Semasa Pengguna Kerajaan membuat pilihan produk, ePerolehan mendaftarkan pilihan produk tersebut ke dalam kart elektronik.
  • Pengesahan Permintaan
    Permintaan tersebut kemudiannya dihantar untuk pengesahan.
  • Penjanaan Pertanyaan Pembelian
    Sebaik sahaja permintaan disahkan, pertanyaan pembelian dijanakan oleh ePerolehan dan dihantar kepada Pembekal.
  • Pengesahan Terima Pertanyaan Pembelian
    ePerolehan membenarkan Pembekal menghantar pengesahan terima sebagai maklumbalas terhadap Pertanyaan Pembelian. Pembekal juga berhak untuk tidak membekal barangan atau perkhidmatan memandangkan pembekal tidak terikat dalam kontrak dengan Kementerian Kewangan, seperti di dalam kes perolehan Kontrak Pusat.
  • Pengesahan Pertanyaan Pembelian
    ePerolehan menyokong pengesahan permintaan pembelian secara atas talian setelah permintaan bekalan barangan disah terima oleh Pembekal.
  • Penjanaan Pesanan Pembelian
    Sebagai pelengkap tahap terakhir pengesahan tuntuan, satu Pesanan Pembelian (PO) dijanakan oleh ePerolehan.
Pemenuhan Pesanan

Proses pemenuhan pesanan melibatkan pembekalan pesanan oleh Pembekal, pengesahan penerimaan barangan oleh Pengguna Kerajaan dan bayaran kepada Pembekal.

  • Memenuhi Pesanan
    Apabila Pesanan Pembelian (PO) diterima, pesanan hantaran dijana dan dihantar bersama-sama dengan barangan sebenar.
  • Pengesahan Penerimaan Barangan
    Berdasarkan semakan dan pengesahan barangan yang dihantar, Pengguna Kerajaan dikehendaki mengesahkan penerimaan barangan melalui ePerolehan dan kemudian menyediakan Nota Penerimaan Barangan (GRN).
  • Penyediaan Invois
    GRN akan disediakan oleh Pegawai Penerima Barangan (GRO). Selain pemberitahuan berkaitan kewujudan GRN kepada pembekal secara elektronik, ePerolehan membantu para Pembekal untuk menyediakan invois.
  • Penyediaan Arahan Pembayaran
    Apabila Pembekal menyiapkan invois, ePerolehan menerima invois tersebut dan bayaran dibuat oleh sistem dan dalam masa yang sama, sistem tersebut menyediakan Arahan Pembayaran. Akhirnya kerajaan membuat bayaran kepada Pembekal.
Pembelian Terus untuk Perkhidmatan
Pemprosesan Permintaan
  • Pemilihan Perkhidmatan
    ePerolehan membenarkan Pengguna Kerajaan memilih jenis perkhidmatan daripada katalog elektronik yang disediakan dalam penyimpanan data pusat.
  • Penciptaan Permintaan
    Apabila Pengguna Kerajaan memilih sesuatu perkhidmatan, ePerolehan akan daftarkan pilihan tersebut ke dalam kart elektronik.
  • Pengesahan Permintaan
    Permintaan keperluan itu kemudiannya akan dihasilkan dan dihantar untuk kelulusan.
  • Penjanaan Pesanan Perkhidmatan
    Apabila tahap kelulusan terakhir diselesaikan, Pesanan Perkhidmatan (SO) akan dijana oleh ePerolehan
Pemenuhan Pesanan

Proses pemenuhan pesanan perkhidmatan adalah melibatkan pelaksanaan perkhidmatan oleh Pembekal, pengesahan pelaksanaan oleh Pengguna Kerajaan dan bayaran kepada Pembekal.

  • Memenuhi Pesanan dan Penghasilan Nota Pelaksanaan Perkhidmatan
    Nota Pelaksanaan Perkhidmatan (SRN) dihasilkan oleh Pembekal selepas menunaikan kesemua perkhidmatan. SRN ini akan disahkan terima, dilulus dan dikemaskini oleh pengguna Kerajaan.
  • Penciptaan Invois
    Apabila SRN diluluskan oleh pengguna Kerajaan, Pembekal akan menghasilkan Invois.
  • Penciptaan Arahan Pembayaran
    Apabila pembekal menghasilkan invois, ePerolehan akan menerima invois tersebut dan padanan bayaran akan dilakukan oleh sistem dan pada masa yang sama sistem akan menjana satu Arahan Pembayaran dan pihak Kerajaan kepada Pembekal berkenaan.

SebutHarga dan Tender

ePerolehan akan menawarkan satu sistem perolehan yang komprehensif menerusi proses Sebutharga dan Tender yang mana akan mengautomasikan keseluruhan sistem, bermula daripada permohonan rasmi daripada pejabat pengguna, penyediaan cadangan, pengiklanan, penilaian, pelawaan kepada pembekal sehinggalah kepada penjelasan bayaran.

Sebutharga:

  • Proses sebutharga adalah untuk pembelian di mana jumlah terkumpul adalah dari RM100,000 tetapi kurang daripada RM200,000.
  • Menerusi sebutharga, pemohon boleh memulakan proses perolehan dengan menghantar pelawaan kepada para pembekal yang dipilih dan menerima maklum balas daripada mereka dengan segera.

Tender:

  • Proses Tender pula adalah untuk pembelian yang sama atau melebihi RM200,000.
  • Sistem yang dicadangkan ini akan mempermudahkan pembelian di mana semua urusniaga dijalankan atas talian (online).
  • Ia akan meningkatkan kecekapan dan dengan jelas mengurangkan pembaziran masa dan kos yang terlibat.

ANTARA FUNGSI-FUNGSI SERTA FAEDAH-FAEDAH PROSES SEBUTHARGA DAN TENDER MELALUI EPEROLEHAN:

  • PEMANTAUAN STATUS: Sistem ini akan memantau status Pesanan Kerajaan yang telah dikeluarkan
  • PENGUMPULAN TAWARAN: Semua tawaran yang diterima akan dikumpulkan secara automatik untuk dianalisis. Tawaran (Bid) Teknikal dan Tawaran (Bid) Kewangan akan dipisahkan secara automatik dan kemudian disalurkan kepada Jawatankuasa masing-masing untuk dibuat keputusan.
  • KESELAMATAN DOKUMEN: Tawaran yang diterima daripada para pembekal akan disimpan dengan selamat dan terjamin di dalam ‘server’ dokumen dan hanya boleh dilihat pada masa dan tarikh pembukaan Tender yang telah ditetapkan.
  • PERBANDINGAN AUTOMATIK: Semua tawaran akan dikumpul dan satu jadual perbandingan dan akan dijana secara automatik. Ini akan menjimatkan banyak masa dan membantu Jawatankuasa-jawatankuasa teknikal dan kewangan untuk membuat pematuhan (rating/ranking) ke atas tawaran-tawaran yang diterima.
  • LAPORAN: Pelbagai laporan disediakan untuk menganalisis corak perbelanjaan dan pembelian.

Dengan cirri-ciri unik yang disediakan oleh sistem ePerolehan, ianya pasti akan memudahkan lagi proses perolehan secara Sebutharga dan Tender. Proses perolehan juga akan menjadi lebih telus dan cekap kerana sistem ePerolehan akan membantu Pelulus, Urusetia serta Pengerusi Jawatankuasa membuat penilaian keputusan serta memajukan cadangan keputusan yang telah dicapai secepat mungkin kepada Pengerusi Sebutharga ataupun Pengerusi Tender.

Klik di sini untuk galeri 3D

Pengurusan Katalog

 Katalog produk yang berasaskan kertas akan ditukarkan kepada satu simpanan katalog elektronik. Ini akan memudahkan para pegawai Perolehan Kerajaan untuk melihat dan membandingkan harga. Kepada para pembekal, ia akan menjadi mudah kepada mereka untuk mengemaskinikan maklumat produk yang terkini kepada kerajaan

Pengurusan Profil

Pengurusan profil Pengguna Kerajaan dan Pembekal membolehkan:
  • Penyelenggaraan Profil Pengguna Kerajaan
    Penyelenggaraan profil Pengguna Kerajaan Pengurusan ke atas profil pengguna kerajaan akan membolehkan profil-profil Pengguna Kerajaan diselenggarakan dan hak tahap akses untuk Pengguna Kerajaan.
  • Penyelenggaraan Profil Pembekal
    Penyelenggaraan profil Pembekal Pengurusan profil pembekal akan membolehkan profil-profil pengguna diselenggarakan dan hak tahap akses untuk Pembekal

Contoh Laporan

Modul Laporan

 Modul Laporan menyeluruh akan memberikan keupayaan untuk mencetak aktiviti perniagaan yang dijalankan di antara kedua-dua Kerajaan dan Pembekal. Modul laporan akan menyediakan laporan pengurusan untuk kedua-dua Pembekal dan Pengguna Kerajaan.

Diari Pengesanan Elektronik

Diari pengesanan elektronik membolehkan Pengguna Kerajaan dan Pembekal mengesan proses perolehan pada bila-bila masa, contohnya seperti tuntutan yang menunggu kelulusan, tuntutan telah diluluskan dan lain-lain

Rekod Audit

Semua urusniaga dan akses data ke sistem ePerolehan akan direkod secara elektronik untuk menghasilkan rekod audit yang lengkap. Data di dalam fail rekod boleh dimuat turun untuk tujuan audit. ePerolehan akan membenarkan akses penuh kepada data mentah oleh juruaudit Kerajaan yang bertauliah.

Smart Card

Keselamatan

 Menggunakan sistem keselamatan yang canggih dan terkini serta metodologi keselamatan yang terbukti. ePerolehan menawarkan persekitaran yang amat terjamin dan sulit untuk mengendalikan perniagaan. Semua akses ke sistem memerlukan seseorang pengguna menggunakan kad pintar ePerolehan untuk pengenalan, pensahihan dan pengesahan oleh sistem.

Kad pintar tersebut akan menyimpan profil pengguna untuk setiap pengguna yang dilantik dan bertauliah, serta Sijil Digital yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pensijilan Berlesen Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Licensed Certificate Authority - CA). Hanya sijil yang dikeluarkan oleh CA yang diiktiraf akan digunakan untuk ePerolehan.

Dengan menggunakan Sijil Digital, semua urusniaga akan dianggap sah di sisi undang-undang, dan semua transaksi data akan dienkrip menggunakan teknologi enkripsi 128-bit.

Semua aspek keselamatan telah pun diberi perhatian oleh organisasi kami dan juga oleh Unit Keselamatan Fizikal dan Logikal Kerajaan, Jabatan Perdana

Kemudahan Pemfaktoran

Modul pemfaktoran bagi urusniaga secara Pembelian Terus melalui ePerolehan kini telah dilancarkan. Syarikat pemfaktoran yang disenaraikan di bawah telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ePerolehan dan bersedia menjalankan transaksi melalui ePerolehan

No. Nama Pegawai untuk Dihubungi / Tel / E-mel
1 Affin Factors Sdn Bhd Mr. Wong Tuck Kuen
Tel: 03-2693 9927
E-mel: wong8346@hotmail.com
2 Amanah Factors Sdn Bhd En. Muhamed Shamsul
Tel: 03-2166 9877
E-mel: amfact@streamyx.com
3 AMDB Factoring Sdn Bhd Ms. Evan Goh
Tel: 03-4043 1066 ext. 16
E-mel: amdbfact@tm.net.my
4 AmBank Berhad Ms.Susie Boo Seong Ngoh
Tel: 03-2072 8972
E-mel: susie-boo@ambg.com.my
5 Bumiputra-Commerce Factorslease Bhd En Redzuwan Mustapha / En Kamarol Zaman Abdol Rahman
Tel: 03-2697 0298
E-mel: redzuwan@bcfb.com.my
6 Ikhtiar Factoring Sdn Bhd Cik Nor Hasni Mohamad
Tel: 03-4024 6200
E-mel: hasni@ikhtiargroup.com
7 Malayan Banking Berhad Ms. Yap Lee Kien
Tel: 03-2297 2458
E-mel: lkyap@mayfin.com.my
8 MBf Leasing Sdn Bhd Mr. Lee Swee Onn
Tel: 03-7981 3038
E-mel: leeswon@mbfco.com.my
9 Orix Factoring Malaysia Sdn Bhd Ms. Chin Yoke Yin
Tel: 03-2059 7000 / 7333
E-mel: wonghy@orix.com.my
10 PLC Credit & Factoring Sdn Bhd En. Abdul Manan Sa’ari
Tel: 03-4256 9211
E-mel: noorsham@plccf.com.my
11 Zikay Factoring Sdn Bhd Cik Norhayati Binti A Rahman
Tel: 03-2694 8089
E-mel: zfactors@mail.com

Faedah kepada Pembekal

  • Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
  • ePerolehan membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.
  • Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep ePerniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan ePerolehan.
  • Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.
  • Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
  • Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui ePerolehan, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pembeli.
  • Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.
  • Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. ePerolehan mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat.

Faedah kepada Kerajaan

  • Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisien selari dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi. ePerolehan merupakan jentera kepada Kerajaan Malaysia untuk melangkah ke dalam ekonomi baru dan mempromosikan ePerniagaan secara meluas dalam negara.
  • Pengurangan kos operasi berdasarkan masa. Kerajaan Malaysia akan dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi melalui penggunaan ePerolehan kerana proses urusniaga dikurangkan dan diringkaskan.
  • Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta yang terkini. Pembeli Kerajaan akan dapat mengakses serta-merta kepada pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi ePerolehan, dan ini akan menjadikan mereka sebagai pembeli yang lebih sedia maklum.
  • Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara atas talian (online). ePerolehan akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini yang pastinya dapat membantu pembeli membuat pilihan perolehan yang lebih tepat.
  • Tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan. Melalui penggunaan ePerolehan, secara tidak langsung menggalakkan kadar tenaga kerja celik IT yang lebih ramai dalam sektor kerajaan dan swasta.
  • Pengurusan belian dan bayaran yang lebih baik. Dengan ePerolehan, pembeli kerajaan akan dapat menjejaki dan mengaudit proses perolehan/urus niaga yang telah dibuat
 

 

Pembekal/Perunding/PTJ
BPPK
Pendaftaran Pembekal/Perunding

 


Copyright@Hakcipta Terpelihara
Bandar Baru UDA, 81200, Johor Bahru
Wemaster: putera506@yahoo.com

 

 

 
 

Copyright@Hakcipta Terpelihara
Bandar baru UDA, 81200, Johor Bahru
Disclaimer: Pihak kami tidak bertanggongjawab diatas kerosakan semasa melayari laman web ini